Tahukah anda untuk berjaya buat duit di internet, ia bukanlah bergantung semata-mata kepada apa yang terpapar di laman web atau blog tersebut. Ramai yang tidak mengetahui, bahawa rahsia kejayaan di dunia internet ialah sistem follow up yang efektif.
Maksudnya, lebih kerap anda berhubung dengan prospek anda, lebih tinggi kemungkinan untuk mereka menyertai atau membeli apa jua produk yang anda promosikan kelak.
Di dalam menjalankan perniagaan internet, kita tidak mampu untuk memberikan peruntukan masa yang lama di dalam satu hari. Kita tidak mampu untuk berjaga malam tanpa tidur. Kita juga mungkin baru sahaja melibatkan diri di dalam perniagaan ini dan masih lagi bekerja tetap. Bak kata pepatah, jangan yang dikejar tak dapat tapi yang dijinjing keciciran.
Autoresponder membantu kita secara automatik
Kita mestilah bekerja secara “smart” atau “pintar” memulakan perniagaan internet ini. Anda mesti memastikan bahawa anda tidak menggunakan masa untuk perniagaan internet lebih daripada dua jam pada satu hari.
Sistem autoresponder merupakan salah satu alat yang paling penting untuk perniagaan Internet kita. Ia menyediakan perkhidmatan membalas email pelanggan kita secara automatik sejurus selepas menerima email tersebut ataupun dalam jangka masa yang tertentu. Autoresponder adalah seumpama setiausaha yang sanggup bekerja untuk kita 24jam sehari, 7 hari seminggu, dan tidak akan minta cuti.
Bagi saya, sistem autoresponder merupakan perkara asas yang perlu ada bagi setiap internet marketer yang ingin menjadikan teknik pemasaran emel sebagai salah satu medium utama pemasaran mereka.
Mengikut kajian, seseorang pelawat website akan bertukar menjadi pelanggan setelah follow-up tujuh hingga sembilan kali. Jadi apakah yang membolehkan pelanggan tadi datang ke website atau mengetahui tentang produk kita setelah beberapa kali? Jawapannya akan anda dapati apabila meneliti setiap maklumat di dalam website ini.
Kunci kejayaan sesebuah website adalah untuk menghantar maklumat mengenai perniagaan anda kepada mereka yang berminat. Iaitu anda perlu mendapatkan email pelawat laman web anda untuk follow-up.
TrafficWave menyediakan servis autoresponder untuk pemasaran internet yang efektif untuk membantu anda mengumpul senarai prospek, menerbitkan pengumuman produk dan membina kredibiliti anda dengan prospek anda.
Untuk mengumpul senarai emel, maka di sinilah gunanya sistem autoresponder. Anda tidak perlu risau untuk mengumpul emel dengan menggunakan sistem autoresponder kerana ia merupakan kaedah yang betul dan sah di dalam mengumpul emel. Ia bukanlah teknik SPAMMING yang sering dilakukan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Teknik emel SPAMMING merupakan salah satu aktiviti menghantar emel secara tidak SAH kepada subscriber.
Tak Mampu Nak Melanggan Autoresponder Berbayar?
Saya pasti ramai usahawan internet yang baru berjinak-jinak dengan dunia business online seringkali mengeluh kerana tidak mampu melanggan autoresponder berbayar kerana yuran langgannya yang agak mahal.
Memang tidak dinafikan, terdapat banyak autoresponder percuma, namun saya 100% tidak menggalakkan anda menggunakan autoresponder percuma kerana berdasarkan pengalaman saya menggunakannya sebelum ini memberikan impak yang negatif kepada perniagaan saya.
Saya telah melanggan Trafficwave sejak Februari 2010. Dan saya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebelum ini saya menggunakan Autoresponder Aweber sejak 2006 lagi. Dengan TrafficWave, perniagaan kita tidak dibebani dengan kos yang tinggi.
Memang diakui bahawa Aweber adalah antara autoresponder yang terbaik, tetapi harganya yang sering menjadi kekangan kebanyakan newbie. Ini kerana caj Aweber ialah $19.00 untuk 500 senarai email pertama, semakin besar list yang anda kumpul, maka makin tinggilah caj yang perlu dibayar. Berbanding Trafficwave, ia mengenakan caj $17.95 sebulan walaupun jumlah subscriber anda semakin meningkat . Saya sudah bertukar sepenuhnya kepada Trafficwave pada Julai 2010.
Mari kita tengok perbandingan harga antara trafficwave dan servis autoresponder lain yang ada di pasaran
Bukan itu sahaja, anda juga bakal menikmati banyak lagi kelebihan dengan melanggan Autoresponder TrafficWave ini.. Teruskan Membaca..
Kelebihan-kelebihan Autoresponder TrafficWave
1. Menguruskan Pendaftaran Tanpa Had.
Adakah anda menguruskan satu senarai pelawat yang sering kali berkunjung ke website anda?Akaun TrafficWave anda akan memberikan akses kepada sebanyak mana Autoresponders yang anda perlukan untuk menguruskan semua kempen pemasaran email anda hanya kos yang murah setiap bulan.
2. Jadualkan Mesej Anda.
Anda boleh menghantar maklumat kepada senarai pelanggan autoresponder anda secara berjadual. Anda boleh memilih masa yang sesuai untuk menghantar email. Masa yang terbaik adalah di siang hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
3. Ikuti Statistik Mesej Anda.
Anda sudah pasti ingin mengetahui berapa ramai yang telah membaca email maklumat yang anda telah berikan. Anda boleh mengetahui email yang bagaimana yang memberikan kesan yang paling positif kepada pemasaran internet.
4. Mudah Dikombinasikan Dengan Website.
Anda boleh menggabungkan autoresponder dengan website anda dengan mudah. Kod HTML diberikan dan boleh diletakkan ke dalam website anda dengan segera. Email – email follow-up akan terus dihantar secara automatik ke senarai autoresponder anda. senarai email dibina tanpa paksaan secara “opt-in” oleh pelawat website.
5. Mesej Secara Text atau HTML.
Mesej yang dihantar boleh menggunakan format Text atau HTML mengikut kesesuaian mesej. Anda tidak perlu tahu programming HTML kerana HTML editor berdasarkan konsep WYSIWYG amatlah mudah digunakan.
6. Servis Yang Berkesan.
Servis yang disediakan oleh TrafficWave amat bagus sekali. Customer support yang menyelesaikan semua masalah yang dihadapi. Forum diadakan untuk memberikan panduan dan berkongsi buah fikiran untuk menjayakan lagi perniagaan anda.
7. Affiliate 10-tiers Lumayan.
Anda berpeluang untuk menyertai affiliate 10-tiers bersama TrafficWave. Ini bermakna anda berpeluang menggunakan TrafficWave dengan percuma setiap bulan.
JOM DAFTAR DAN CUBA AUTORESPONDER TRAFFICWAVE 30 HARI PERCUMA




Posted in
Tags: 


Pemasaran Email Dalam Perniagaan Online