Sebagai pelanggan berbayar Trafficwave, anda layak untuk menyertai program affiliate yang disediakan. Dengan program ini, anda bukan sahaja dapat menggunakan Trafficwave secara PERCUMA, tetapi ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan pasif di masa akan datang.
Anda akan menerima cek mingguan dan bulanan berdasarkan hasil jualan anda dengan memperkenalkan pelanggan baru kepada Sistem AutoResponder kami.
Bayaran yang diterima sebagai ahli bergantung sepenuhnya pada usaha anda dan teknik pemasaran serta jualan bisnes. Untuk makluman, Trafficwave.net telah membayar hampir $1,000,000 (Satu Juta Dollar) untuk komisen Affiliate.
Sebahagian affiliate mendapat bayaran hanya untuk membantu meringankan kos langganan Trafficwave.net manakala yang lain mendapat bayaran bulanan dengan memperkenalkan pelanggan baru.
Terdapat 4 cara untuk meraih wang dengan Plan Affiliate kami:
1. Bonus “Fast Track” – dibayar mingguan
2. Komisen Biasa – dibayar bulanan
3. Bonus Leadership – dibayar bulanan
4. Jualan Trafik – dibayar bulanan
Berikut adalah huraian untuk setiap bonus yang ditawarkan.
1. Bonus “Fast Track” – dibayar mingguan
Sebenarnya setiap orang mencari cara untuk mendapatkan duit secepat yang mungkin. Sebab itulah mengapa anda memulakan perniagaan, betul?
Langkah pertama anda haruslah memastikan keuntungan yang diraih sekurang-kurangnya dapat membayar kembali modal yang dikeluarkan oleh anda.
Plan BONUS FAST TRACK oleh Trafficwave.net mampu menolong anda mencapai langkah pertama dengan membayar 100% komisen pada jualan kali pertama. Dan apabila anda memperkenalkan pelanggan baru yang aktif atau ahli baru yang aktif, kami akan membayar anda sebanyak $17.95 dengan cek Bonus FAST TRACK.
Hanya dengan memperkenalkan SATU JUALAN AKTIF dan kami akan bayar anda sebanyak $17.95!
Perkenalkan 5 JUALAN AKTIF dan kami akan membayar anda sebanyak $89.75! ($17.95 x 5 = $89.75)
Anda akan menerima sebanyak mungkin cek Bonus Fast Track selagi anda mendapat pelanggan baru yang aktif pada setiap minggu. Tiada had yang dikenakan untuk cek Bonus Fast Track anda.
Bonus Fast Track hanya dibayar pada jualan kali pertama. Bermula pada bulan kedua, hasil jualan akan dikira melalui Plan Komisen Biasa.
Terdapat 2 minggu tempoh ‘rehat’ selepas penutup setiap minggu.
Contoh:-
Bonus Fast Track untuk Hasil Jualan baru bergantung kepada minggu 1 akan dibayar pada setiap penutup minggu 3. Bonus Fast Track minggu 2 akan dibayar pada minggu ke 4.
2. Komisen Biasa – dibayar bulanan
Dapatkan 3 ahli baru yang aktif dan sistem kami PERCUMA untuk anda!
Plan Affiliate Trafficwave.net memperkenalkan Plan Matrix 3×10. Apabila anda memperkenalkan seseorang kepada Trafficwave.net, ahli tersebut akan diletakkan di bawah anda dan dikenali sebagai barisan hadapan atau level 1. Barisan hadapan anda mampu menanggung 3 jualan. Barisan kedua anda menanggung sebanyak 9 jualan manakala barisan ketiga anda menanggung sebanyak 27 jualan dan seterusnya.
Kami akan bayar $6 untuk setiap jualan barisan hadapan anda yang kekal aktif pada setiap bulan. Anda mampu memperoleh $18 hanya dengan tiga jualan. Dengan hanya bayaran pendaftaran bulanan sebanyak $17.95, anda mampu mendapat akaun Trafficwave.net secara percuma hanya dengan merujuk kepada jualan tersebut.
Sistem pengesan jualan kami akan menyusun hasil jualan anda dan barisan anda mengikut turutan. Sebaik sahaja barisan pertama anda dipenuhi jualan seterusnya akan diletakkan pada barisan kedua sehinggalah barisan tersebut dipenuhi dan seterusnya sehingga 10 tahap.
Inilah dikenali sebagai ‘spillover’. Apabila barisan hadapan anda dipenuhi, jualan seterusnya akan memenuhi barisan kedua anda. Selagi anda mempunyai satu jualan aktif dalam organisasi anda, anda berupaya menerima komisen dalam setiap jualan di dalam organisasi anda tanpa mengira siapa yang memperkenalkan mereka. Anda boleh meletakkan hasil jualan anda di bawah barisan anda sendiri
Plan Komisen Biasa mempunyai 4 tahap untuk kelayakan:
1.LANDLUBBER: Tahap ini dicapai apabila seseorang menjadi ahli aktif tetapi masih belum mempunyai jualan. Ahli tersebut tidak layak menerima komisen.
2.SURFER: Tahap ini dicapai apabila ahli aktif mempunyai sekurang-kurangnya satu jualan aktif. Ahli ini layak menerima komisen seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Surfer dibawah.

3.TIDALWAVE:Tahap ini dicapai apabila ahli aktif mempunyai sekurang-kurangnya 5 jualan aktif di dalam organisasi mereka. Ahli ini layak menerima komisen seperti yang dinyatakan di dalam Jadual TIDALWAVE dibawah.

4.TSUNAMI: Tahap ini dicapai apabila ahli aktif mempunyai sekurang-kurangnya 10 jualan aktif dalam organisasi mereka. Ahli pada tahap ini mampu menerima komisen seperti yang dinyatakan dalam Jadual TSUNAMI di bawah.

3. Bonus Leadership – dibayar bulanan
25% Bonus Leadership:
Kami percaya leadership seharusnya diberi ganjaran. Leadership boleh didefinisi sebagai keupayaan untuk memimpin dan memberi panduan. Bagi kami, leadership menunjukkan anda terbabit secara aktif di dalam bisnes Trafficwave.net, anda menyokong dan melatih organisasi anda seterusnya meningkatkan jualan masing-masing.
Sebagai TidalWave, anda telah membuktikan keupayaan anda untuk mencapai tahap kejayaan tertentu. Kami akan memberi ganjaran melalui plan komisen biasa kami. Cek akan diterima pada setiap bulan selagi anda adalah ahli aktif yang layak menerima komisen.
Dengan menunjukkan keupayaan anda sebagai leadership dan menjadikan organisasi anda sebagai contoh, anda turut menerima tambahan Bonus Leadership yang bersamaan dengan 25% daripada komisen biasa daripada pendapatan ahli aktif yang berjaya mendapat status TidalWave atau ke bawah.

Sebagai TidalWave yang aktif, 1 jualan aktif untuk setiap bulan mampu memberi keuntungan yang besar kepada anda!
50% Bonus Leadership:
Kami akan sentiasa memberi ganjaran kepada anda sebagai seorang yang berjaya dan sebagai leader (seseorang yang membantu yang lain untuk berjaya) dengan memberi tambahan lagi 25% Bonus Leadership pada tahap ini dalam plan ganti rugi kami.
Bonus Leadership anda sebagai Tsunami yang layak ialah 50% dari semua komisen biasa yang diterima oleh ahli aktif yang anda sendiri perkenalkan atau di bawah status Tsunami.

Leadership ada ganjarannya tersendiri. Trafficwave telah melihat bonus ini menjadi dua kali ganda lebih daripada cek komisen untuk ahli berstatus Tsunami!
4. Jualan Trafik – dibayar bulanan
Apabila seseorang telah membuat pembelian Pakej Trafik dari Laman Affiliate anda, anda akan dibayar 10% daripada jumlah harga yang ditetapkan.
Sebagai contoh, apabila seseorang telah menempah Pakej 10,000 Pelawat untuk $24.99, anda akan menerima komisen sebanyak $2.49. Apabila seseorang telah menempah Pakej 100,000 Pelawat untuk $312.98, anda akan mendapat komisen sebanyak $31.30.
Ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan komisen jualan dengan cepat. Kami mempunyai ahli yang memperoleh $200 dalam masa sehari dengan menggunakan plan ini. Anda akan dibayar setiap kali pelanggan Pakej Trafik yang kembali untuk membeli semula.




Posted in
Tags: 


Cara Jana Pendapatan Melalui Internet
Membina wordpress blog dengan GDI
Apa itu GDI