Hari ini aku nak berkongsi beberapa plugin WordPress yang dikategorikan sebagai yang terbaik dan perlu ada dalam sesebuah blog WordPress:
1. All in One SEO Pack – Plugin ini paling penting untuk SEO kerana kita boleh membuat meta description untuk setiap entry baru dalam blog.
2. Google XML Sitemaps – Plugin ini dapat membantu blog anda untuk berada dalam enjin carian seperti Google, Yahoo dan Ask.com
3. Yet Another Related Posts Plugin – Plugin ini akan memberikan ‘related posts’ atau entri yang terkait bagi sesebuah entri dalam blog anda.
4. WP-PageNavi – Plugin ini berguna untuk memudahkan pelawat blog anda melihat post yang terdahulu bagi halaman tertentu. Page navigation akan berada pada bahagian bawah blog di muka hadapan.
5. WP Facebook Like – Anda tak perlu bersusah payah untuk memasukkan code bagi Facebook like button ke dalam blog. Hanya install plugin ini dan tentukan kat mana nak letak button ini.
6. WP-PostViews – Plugin ini akan memaparkan seberapa banyak setiap entry dalam blog anda dilihat oleh pelawat setiap hari. Anda boleh letakkan widget pada sidebar sebagai post paling popular dari segi jumlah entry tersebut dilihat.
7. WP Multilingual Sitemap – Plugin ini akan membantu anda untuk membuat satu page sitemap bagi memaparkan kesemua entry dalam blog anda.
8. CommentLuv – Plugin ini akan berada pada bahagian komen blog. Ia akan memaparkan post terbaru di blog pelawat yang tinggalkan komen. Ini dapat meningkatkan kebarangkalian pelawat blog anda meninggalkan komen kerana disamping tinggalkan komen seterusnya dapat promote entry terbaru dalam blog mereka.
9. Adsense Daemon – Plugin ini boleh digunakan untuk meletakkan iklan pada bahagian entry anda. Iklan anda boleh diletakkan sebelum dan selepas post ataupun kiri dan kanan entry anda.
10. Read More Right Here – Plugin ini akan membantu meletakkan fungsi ‘read more’ ke dalam setiap post anda.
11. Contact Form 7 – Dalam banyak-banyak plugin contact form yang tersedia untuk wordpress, saya memilih plugin ini untuk memudahkan saya menyediakan contact form pada blog saya. Ianya amat fleksibel dan mudah untuk disediakan – saya cuma perlu draf kan format pada sekeping kertas (kalau nak draf dalam kepala pun boleh, tapi saya lebih suka menulis terdahulu sebelum saya apply kan idea tersebut) dan kemudian saya boleh menggunakan fungsi-fungsi yang disediakan pada plugin ini untuk menyediakan contact form saya.
12. DamnSexyBookmarks – Plugin ini sengaja saya gunakan untuk membolehkan pengunjung yang membaca artikel saya boleh kongsikan artikel / page saya dengan mem’bookmark‘ (penanda buku maya) artikel tersebut dan dikongsikan di laman sosial delicious, digg, twiter, facebook dal lain-lain.Butang-butang yang digunakan agak menarik kerana mempunyai sedikit animasi (bergerak) apabila tetikus digerakkkan pada setiap ikon laman sosial yang berkenaan.
13. Google Analytics for WordPress – Bagi anda yang mempunyai blog wordpress untuk kegunan internet marketing khususnya, plugin ini adalah satu kemestian untuk anda. Plugin ini akan disambungkan dengan akaun Google Analytics dimana saya akan dapat menaganalisa pergerakan trafik / pengunjung di blog saya.
14. Sharebar – Plugins ini menyediakan kemudahan untuk pengunjung yang membaca artikel saya berkongsi artikel tersebut di laman sosial / emailkan artikel tersebut kepada kawan-kawan mereka. Plugin ini membenarkan perkongsian artikel di buat kepada twitter, facebook, google buzz, digg atau menghantar artikel tersebut menggunakan email.
15. WordPress Database Backup – Selepas beberapa kali mengalami peristiwa wordpress crash, database crash pada peringkat awal saya sebagai blogger, saya mencari satu penyelesaian untuk backup data wordpress saya sebagai langkah keslamatan. Selain dari melakukan backup untuk fail-fail wordpress saya secara manual (sedang mencari-cari teknik backup secara automatik) , saya boleh backup database saya secara automatik dengan menggunakan plugins ini.




Posted in
Tags: 


Pelan Pemasaran GDI